November 6, 2013

Wordless Wednesday.



Kejappp chopppp ! Dah berkurun tak update tetiba nak ber-wordless wednesday. Dey yenadeyy?
Ehem hem hem /clear tekak/ Assalamua'laikum hai semua. Dah lama sangat dah blog ni terbiar. Bukan setakat berhabuk je dah berkarat siap dah ha. Last time aku update blog ni tahun lepas, masa duk busy dengan spm dulu. Selama aku tak update ni, dah banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Dengan result spm nya, dengan result upu nya, dengan keputusan aku nak sambung belajar kat mana nya, dengan kehidupan aku dekat kolej nya dan macam-macam nya lagi lah. Aku bukannya apa, selain malas, faktor utama aku tak update adalah sebab aku takde masa nak update (alasan). Ingatkan lepas spm bolehlah nak update tetiap hari. Tup tup macam tu jugak jadinya. Sekarang duk sibuk dengan matrik pulak. Sebab tak nak pelajaran terganggu, aku jarang online jugak tahun ni. Aduyai. Maklumlah, aku ni jenis kalau duk online je memang tak belajar terus la jawabnya. Jadi aku ambik keputusan online jarang-jarang je.  

Sekarang ni aku tengah cuti sem. Alhamdulillah, final exam haritu boleh jawab. 4 flat ke idok tak tahu la. Aku dah cuba sedaya upaya, aku tawakkal je. Aku harap result aku nanti membolehkan aku untuk pilih course dan universiti yang aku minat bila dah grad nanti. Aku tak nak kena lelong. Tolonglah aku ya Allah...Oh ya, aku sekarang sedang menyambung pelajaran aku di kolej mara kulim, kedah btw. Tu pun kalau nak tahu la. Kalau tak nak tahu pun dah tak boleh dah sebab kau dah baca dan dah tahu dah pun. Huahaha. Aku tak boleh nak describe perasaan aku sepanjang berada di KMKu. Happy ada, sedih pun ada. Lumrah kan? Tapi, berada di KMKu dah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak sangat benda baru aku dah belajar. Yang penting aku dapat banyak kawan, yay ! Aku suka kelas aku, tutorial aku, dorm aku, semualah senang. Tapi, hidup tak selalunya indah kan? Ada lah berlaku salah faham sikit haritu. Stress aku dibuatnya. Rasa macam dah tak nak sambung sem 2 dah. Tapi, demi cita-cita aku, dan ibu-bapa aku, aku kena tabahkan diri. Aku tak nak sebab benda kecik tu distract aku dari pelajaran. Ya Allah, kuatkanlah diri ini. Rasanya tu je lah kot. Oh ya, habis cuti sem nanti aku ada exam MUET. Doakan eh? Sekian dari aku. Assalamua'laikum :-)


p/s: tetiba tak tahu nak membahasakan diri apa sebab dah lama tak membahasakan diri dengan "aku". Maaf kalau bunyi macam kasar je macam kasar je. Ihiks //buat tanda peace dekat pipi//